Followers

Reader's Stats

Saturday, 24 October 2015

Cerpen : Not For Sale!



            Berkerut keningku apabila telefon bimbit aku tak berhenti-henti bunyi mesej. Tak akanlah celcom sayang aku gila-gila sampai nak mesej aku banyak kali kot?
            Aku mencapai telefonku lalu membuka mesej. Eh, ni macam nombor share top up je? Biar betul? Tak akanlah ada orang sudi nak share top up dengan aku kot?
            Dup Dap! Dup Dap! Hiperbola betul! Buka jelah mesej tu!
            Yelah.. yelah..
            Buka-buka mesej, aku yang terlopong sendiri. Nombor siapa yang sudi dermakan kredit kat aku sampai RM50 ni? Baik bebangat!
            Aku mencari nombor itu di dalam contact number aku, tapi.. Tak wujud??
            “Kau kenapa? Dari tadi pegang telefon je, bukan selalunya kau pegang laptop ke?” tanya Hanis
            Aku berpaling.
            “Tak adalah, entah ada manusia mana belanja kredit kat aku ni sampai RM50. Aku yang dalam dilema sekarang ni, aku nak call dia balik ke apa?” tanyaku.
            “Wei!! Best gila! RM50 ringgit tu! Share dengan aku juga. Kau RM25, aku RM25. Amacam?” Hanis menjongket kening kepada aku. Aku menepuk pipi Hanis perlahan.
            “Beranganlah kau! Aku nak call manusia ni. Kesian kat dia tau tak? Melayang sampai RM50 disebabkan aku,”
            Aku terus mendail nombor itu. Hanis mengisyaratkan aku untuk membuat loudspeaker. Aku tekanlah jua loudspeaker.
            “Hello,” suara lelaki kedengaran di hujung talian.
            “Hello encik,” sapaku perlahan.
            “Siapa ni?” tanya lelaki itu. Aku tarik nafas dalam-dalam. Getar aku dibuatnya, tak pernah-pernah aku cakap dengan lelaki yang aku tak pernah jumpa lansung.
            “Ehemm.. Macam ni encik, encik salah share top up, encik dah tertop upkan nombor saya,” perlahan-lahan aku mengatur bicara.
            “So?”
            Aku tercengang. What? So je dia balas aku? Ya Allah, hati.. Sabar... Hati..
            “Ok.. Encik nak saya pulangkan kembali duit encik ke encik nak halalkan ja RM50 ni?” tanyaku perlahan.
            “Awak sengkek sangat ke?” tanyanya. Aku terdiam. Lelaki ni betul-betul mencabar kesabaran hati aku yang menipis. Hanis mengerling ke arahku. Dia mengusap-usap bahuku perlahan.
            “Sabar, Hasya.. Sabar..”
            Aku terus mematikan talian. Sepantas kilat aku menghantar kembali RM50 itu kepada dia. Suka hati dia je cakap aku sengkek!
            10 minit kemudian.. Celcom hantar balik mesej kat aku, cakap aku terima RM50 lagi. Daripada orang yang sama!
            Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku terus call lelaki itu.
            “Apa awak nak daripada saya? Saya dah pulangkan dah RM50 tu! Kenapa awak nak pulangkan balik kepada sama? Saya tak sengkeklah!”
            Aku terus menyembur lelaki itu.
            “Saya dah agak,”
            “Apa yang dah agak?” tanya aku geram.
            “Awak akan mengamuk,” ujar lelaki itu selamba.
            “Lantak hidup awaklah.. Sekarang awak nak RM50 ringgit awak ke tak nak? Saya tak nak habiskan 50 sen saya lagi untuk hantar kredit kat awak,” tanya aku perlahan. Serious, aku penat dengan lelaki ni. Sengaja nak main tarik tali dengan aku.
            “Kalau awak rasa awak tak materialistik, awak pulangkanlah duit tu kembali,”
            “Supaya awak boleh hantar kembali kredit awak tu kepada saya?” tanyaku geram.
            “Okey, fine. Awak gila duit rupanya,” aku membuntangkan mata.
            “Mister, I hate you!” aku terus mematikan talian.
            Aku terus menghantar kembali kredit itu kepadanya. Dan, seperti tadi. Dia menghantar kembali kredit itu kepada aku.
Ya Allah, sabar jelah hati.
*_*
            Aku meletakkan beg laptop aku di atas meja kerja. Aku duduk di atas kerusi.
            “Wei, bos baru masuk tak lagi?” aku mengeluarkan laptop aku daripada beg. Mataku mengerling sekilas ke arah jam tangan. Dah pukul 7.50 pagi.
            “Tadi, nampak macam dah masuk. Eh, pukul 8.30 pagi nanti ada meeting tau. Nak perkenalkan bos baru. Handsome kot. Cair aku dibuatnya,” teruja wajah Laila. Aku menjulingkan mata ke atas.
            “Semua orang kau cakap handsome, siapa je yang tak handsome di mata kau?” tanyaku perlahan. Laptop aku buka dan dihidupkan.
            “Kau ni Hasya, hati kering betul. Tapi, aku jamin, bos tu memang handsome. Kau tengoklah nanti,” ujar Laila.
            “Okey, fine. We’ll see,”
*_*
            Aku duduk di atas kerusi mesyuarat itu. Buku nota aku buka. Sampai di satu muka surat kosong. Aku menekan pen lalu menconteng buku nota. Tanpa sedar tanganku melukis gambar seorang perempuan yang bertudung.
            “Nice drawing,” aku tersentak. Spontan, aku menutup buku nota itu. Aku berpaling ke belakang. Kelibat seorang lelaki yang aku tak pernah jumpa berdiri di hadapanku. Di belakangnya, ada setiausaha bos aku sebelum ini. Erk.. Ini ke bos baru aku? Mudanya..
            “It’s okay. Just continue your drawing,” ujar bos aku selamba lalu berlalu ke tempatnya. Aku pula yang tercengang. Pandang-pandang depan, semua orang tengah pandang aku. Adoyai, malunya!
            Laila mencuit pinggangku.
            “Amacam handsome tak?” tanyanya. Aku hanya mengangguk perlahan. Agaklah..
            “Kan aku dah cakap,  dia..”
            “Ehem.. Ehem..” cepat-cepat Laila memusingkan kerusinya memandang ke arah bos baru itu.
            “Nama saya Tengku Harith Adam. Saya berbeza dengan bos awak sebelum ni. Saya sangat strict soal kerja. Dan, saya tak nak ada sebarang masalah soal projek. Dan, saya tak nak ada orang yang curi tulang..”
            Dan, waktu tu mata dia tengah pandang aku. Kureng!
            “Itu sahaja. Dismiss. And you! Jumpa saya dalam bilik saya,” dia menunjuk ke arah aku lalu berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
            Aku menggetap bibir. Laila menepuk bahu aku perlahan.
            “Sabar je lah Hasya,”
            Boleh beritahu tak apa yang aku nak buat sekarang ni?
*_*
            Aku mengetuk pintu bilik itu perlahan.
            “Masuk,” dengar sahaja arahan itu. Aku terus membuka pintu bilik itu. Perlahan-lahan, aku menapak perlahan menuju ke hadapan lelaki itu.
            “Saya minta maaf Tengku, saya janji saya tak melukis dah di office. Saya tak akan curi tulang. Saya janji Tengku!” aku mengangkat tangan aku separas dada seperti bersumpah.
            “Nak nombor telefon,”
            Erk? Once again? Aku merenung wajah Tengku Harith lama. Blur aku sebentar. Kenapa dia nak nombor telefon aku?
            “Awak tak dengar ke apa yang saya cakap?” tanya Tengku Harith.
            Aku tersentak. Cepat-cepat aku menyebut nombor telefonku. Dan dia menyimpan nombor telefon aku di dalam telefon bimbitnya. Sekilas senyuman terbit di bibirnya ketika aku menyebut nombor telefon aku. Eh! Pelik dia ni!
            “Your name?”
            “Huh? Hasya,”
            “Alright, Sya..”
            “Ops, Tengku. Nama saya Hasya. Call me Hasya. Tak perlu kot Tengku nak pendekkan nama saya,” aku berkata perlahan.
            “Sekarang saya yang sebut ke awak yang sebut. Saya kan? Suka hatilah saya nak panggil apa?” ujarnya selamba.
            Aku menggetap bibir. Tapi, itu nama aku lah encik Tengku oi! Eiy! Sabar jelah aku dengan perangai-perangai pelik dia ni!
            “Tapi.. Tengku..”
            “No tapi.. tapi.. Mulut saya, suka hati sayalah. Nanti lunch dengan saya, ganti sebab awak curi tulang tadi. Now, out,” aku terdiam.
            Apa dia cakap?
            “Awak tak faham ke? Saya cakap keluar,”
            Aku tarik nafas dalam-dalam. Okey. Aku berhadapan dengan bos yang pelik.
*_*
            Aku duduk di atas kerusi aku. Bergoyang kerusi aku mengikut rentak pergerakanku. Ingatan aku melayang jauh ke awanan.
            Kenapa dengan bos tu? Dia memang jenis yang pelik macam tu ke?
            “Hasya..” aku terdengar suara orang memanggil nama aku. Eh, tahu-tahu je aku tengah fikir tentang nama aku yang semakin dipendekkan oleh si Tengku tu. Dahlah nama aku dah pendek, dia pendekkan lagi.
            Yelah, nama aku Nur Hasya binti Amri. Simple. Easy. Yang dia nak simplekan lagi bagi tinggal 3 huruf tu kenapa?
            “Nur Hasya!”
            See! Tengok. Ada orang sebut nama panjang aku. Macam tahu-tahu je aku tengah fikirkan tentang nama aku.
            “Nur Hasya binti Amri!!!”
            Aduh!
            Aku memegang pipiku. Aduh, nenek lampir mana ganyang aku ni?
            Aku memandang ke arah depan. Wajah Laila yang sudah memerah menyapa kornea mataku.
            “Kenapa muka kau merah semacam? Kau marah ke malu?” tanya aku. Laila duduk di atas kerusinya sambil memandang lama ke arahku.
            “Aku marah dengan kau!”
            “Kenapa pula kau marah? Aku tak buat salah pun?”
            “Oit, nenek! Kau tahu tak daripada tadi aku terjerit-jerit panggil kau, tapi kau boleh buat bodoh je dengan aku?” Laila mencekak pinggangnya.
            “Ya eh?” aku menggaru kepalaku yang tak gatal.
            “Sorry, aku pergi ke awan tadi. Kenapa kau panggil aku?” tanya aku pelik.
            Dia terus menerpa ke arahku. Kerusinya diengsotkan ke arah aku. Arh! Apa pula perempuan ni?
            “Macam mana dengan bos?” tanya Laila.
            Dan spontan aku mengeluh..
            “Tengku tu peliklah,” aku menongkat dagu di atas meja.
            “Apa yang dia pelik?” Laila juga menongkat dagu di sisiku.
            “Aku punya lah beria-ria minta maaf dengan dia, dan tahu tak apa dia cakap?” aku menghentikan bicara.
            Laila mendengus tak puas hati.
            “Kau boleh tak cakap straight terus je. Tak payah nak ada koma-koma bagai,” ujar dia tak puas hati.
            “Dia minta nombor aku, lepas tu dia ajak aku lunch. Pelik kan?” aku berpaling ke arah Laila. Laila mengangguk laju.
            “Pelik-pelik.. Tapi.. Seriously?!” suara Laila tiba-tiba meninggi. Aku terus menutup mulutnya. Seriouslah perempuan ni.
            Orang sekeliling semua memandang kami. Aku pula yang malu. Dia ni kan! Overeact!
            “Ops! Sorry! Terover pula!”
            “Tahu pun!” aku menjegilkan mataku ke arahnya.
            “Tengku ajak kau keluar makan dengan dia. Kau, Nur Hasya?”
            “Yelah, sapa lagi yang wujud dalam bilik tu?” tanyaku geram.
            “Tengku suka kau pa? Beruntunglah badan! Tengku macam protective je?” Laila menjongket kening ke arahku.
            “Banyaklah kau, bertuah! Naya tau, kalau dapat suami yang over-protective. Nak keluar pun confirm 24 hours dengan dia,” ujarku membalas.
            “Aku cakap protective, yang kau tambah perkataan over kat depan tu kenapa?” ujar Laila selamba lalu berlalu kembali ke tempatnya.
            Aku merenung lama ke arah Laila.
            Laila... Aku rasa macam nak cekik-cekik je perempuan ni! Haih! Sabar je lah hati!
*_*
            Aku merenung fail itu lama. Mencari sebarang kesalahan yang aku lakukan.
            Tok.. Tok.. Tok..
            Aku mengangkat wajah. Wajah Tengku berada di hadapanku ketika ni. Aku memandang ke arah jam. Padanlah dah pukul 1 petang dah pun.
            “Stop working. Jom lunch. Saya tunggu awak di depan,” dia terus berlalu pergi. Aku terus mengemaskan segala fail lalu mencapai beg tangan aku.
            Aku turun di lobi. Aku memandang sekeliling, eh mana pula lelaki ini?
            Aku berlalu keluar dari bangunan itu. And, suprise!!
            Dia dah tunggu aku di hadapan Maseratti miliknya. Wah! Nice car! Mesti mahal ni.
            “Nah!” dia mencampakkan aku kunci Maseratti terbabit.
            “Awak drive,” ujarnya lalu berlalu ke arah penumpang di sebelah pemandu. Nasib baik, sebelah pemandu kalau seat belakang. Memang aku rasa macam aku ni driver dia lah!
            Dengan muka yang macam sabar jelah tu, aku masuk ke dalam kereta tu dan menghidupkan enjin kereta terbabit.
            “Tengku nak makan di mana?” tanyaku. Aku berpaling ke arahnya. Zapp! Adoi! Terkejut jantung ceq! Asal dia pandang aku? Tajam pula tu.
            “Tengku?” aku menegurnya perlahan. Tak akanlah nak marah-marah pula, dia pecat aku naya je! Suzuki Swift aku siapa nak bayar oi!!
            Dia menekan sesuatu di Waze kemudian dia memandang ke arahku.
            “Ikut je Waze tu,” ujar dia perlahan.
            Aku menarik nafas perlahan. Apa-apa je lah, yang penting jangan bawa aku pergi ke restoran mahal. Aku dah habis bajet untuk bulan ni. Tapi, macam tak kesampaian je..
            “You already here,”
            Erk? Kau biar betul Waze? Aku memandang ke arah bangunan yang berada di hadapanku ini. Ho.. Hotel?
            Dia nak bawa aku makan di hotel ke dia nak makan aku di hotel? Erk! Ish! Hasya! Hasya! Cuba fikir positif. Dia anak orang kaya, tak akanlah dia nak makan KFC je kot, Hasya!
            Ada otak tu guna! Jangan simpan buat harta karun ja!
            “Apa yang awak tunggu lagi? Keluarlah,” aku berpaling ke arah Tengku Harith. Biar betul lelaki ni? Tak akanlah kereta ni nak parking depan hotel ni kot?
            “Tak apalah, Tengku masuk dulu. Saya nak pergi park kereta,” ujarku.
            “Tak perlu. Nanti mereka buat. Just get out,” Tengku Harith terus keluar daripada kereta.
            Aku yang tercengang. Ada orang akan buat ke?
            Aku tersentak apabila pintu kereta dibuka.
            “Get out, Nur Hasya. Atau awak nak saya angkat awak keluar?” aku terus menggeleng kepala aku laju-laju dan keluar daripada kereta.
            Ya Allah, seramnya lelaki ni!
            “Jom masuk,” ajaknya.
            “Tengku,” aku memanggil dia perlahan. Ya Allah, habislah duit aku masuk dalam hotel ni. Mahu RM30 aku seorang sahaja.
            “Ya,”
            “Tengku, boleh tak kalau kita makan di tempat lain? Habislah bajet saya bulan ni Tengku,” ujarku.
            “Don’t worry, saya belanja,” ujarnya. Aku terlopong.
            “No, no.. Kenapa Tengku nak belanja saya? Saya yang buat salah,” aku mengerutkan kening.
            “Sya, boleh tak awak just follow je saya. Don’t worry, saya tak pernah minta awak belanja saya. Sebaliknya, saya yang akan belanja awak. Jom masuk,” ujarnya lalu berlalu masuk ke dalam hotel.
            Ya Allah, seriously lelaki ni. Memang bikin kepala gua pusing!
*_*
            Aku menekan Waze ingin  mencari jalan untuk kembali ke office, namun tiba-tiba sahaja tangan aku ditolak. Spontan, aku terus menarik tanganku lalu aku usap.
            Apa masalah dia nak tolak-tolak tangan aku? Dahlah tak berlapik! Sengaja nak menambahkan dosa aku lah dia ni!
            “You’re different,” ujarnya perlahan. Aku memandang ke arahnya. Apa maksud dia? Tapi, disebabkan dia cakap perlahan je, aku pun malaslah nak tanya. Nanti dicop pekerja yang busybody pula kan?
            Dia menekan sesuatu di atas Waze tu dan seperti biasa aku kena memandu ikut arah Waze.
            Turn left, turn right.. Turn right, turn left.. Akhirnya sampai juga ke destinasi yang membuatkan aku terlopong sekali lagi.
            Hasya, noted! Jangan asyik follow Waze tanpa mengetahui destinasi, kan dah terlopong sampai-sampai ke tempat tersebut.
            “Kita tak balik tempat kerja ke Tengku?” tanyaku.
            “Awak rasa?” tanya dia. Aku menarik nafas perlahan. Okay, fine..
            “Habis, kereta saya?”
            “Saya hantar awak balik,”
            “Esok, saya..”
            “Saya hantar awak pergi office esok. Satisfied?” aku terdiam. Belakang aku disandarkan ke kerusi. Aku memang tak boleh lawan dia.
            “Tengku, Tengku tiada hak tau nak bawa saya ke hulur ke hilir. Dan, Tengku tiada hak tau nak apply leave untuk saya. Saya nak guna cuti tu untuk setahun. Kalau saya gunakan cuti untuk perkara yang tak penting macam ni, alamatnya sebelum sampai setahun, dah habis cuti saya,” aku bercakap perlahan.
            Aku ada hak kot! Suka hati dia je apply cuti untuk aku. Habis, kalau gaji aku berkurang hujung bulan ni, macam mana aku nak support rumah aku dengan kereta aku. Tu tak termasuk belanja aku dan mak bapak aku lagi. Suka hati dia je.
            “Don’t worry, gaji awak tak berkurang pun dan saya masih anggap awak tengah bekerja untuk saya. Sebagai peneman saya pergi shopping,” ujarnya selamba.
            “Tengku. Saya kerja sebagai akauntan tahu tak? Bukan peneman Tengku? Apa yang saya nak jawab dengan Allah kalau saya makan gaji buta?” tanyaku.
            “Then be my wife. Berhenti kerja dan saya akan nafkah kepada awak. Awak hanya perlu goyang kaki je di rumah,” ujarnya selamba.
            Aku menggetap bibir. Entah apa-apa ajelah lelaki ini.
            “Tengku waras ke tak? Okay, fine. Disebabkan kesalahan saya curi tulang pagi tadi, saya apply cuti separuh hari dan saya teman Tengku pergi shopping. Let’s go,” aku terus keluar daripada kereta Maseratti miliknya.
*_*
            Aku hanya mengikut jejak langkah dia. Masuk, keluar kedai. And, what so ever.
            “Hasya?” aku berpaling ke arahnya. Dia menunjukkan sehelai blouse kepada aku. Blouse perempuan. Terjongket kening aku sebentar. Dia nak pakai baju perempuan ke?
            “Sya?”
            “Ya,” aku tersentak.
            “Cantik tak baju ni?” tanyanya.
            Aku mengangguk perlahan.
            “Just nice, tak terlalu menonjol,” ujar aku.
            “Then pergi try,” dia menghulurkan blouse itu kepada aku. Aku menunjukkan ke arah diriku.
            “Saya?” aku menggelengkan kepalaku perlahan.
            “Tak nak lah saya. Saya tak nak habiskan duit saya. Baju saya banyak lagi dalam wardrobe tu,” ujarku.
            “Just take it. Saya yang belanja,” aku merenung Tengku Harith lama.
            “Kenapa eh? Tengku nak belikan saya baju? Dahlah tadi Tengku dah belanja saya makan. Saya rasa macam tak selesa pula dah habiskan duit Tengku,” ujarku perlahan.
            “Saya tak kisah pun Sya, kenapa awak perlu kisah?” tanyanya. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang ke arahku.
            Aku hanya diam. Seriously, lelaki ni.
*_*
            Aku menghempaskan tubuh di atas katil. Wajahku dipalingkan ke tepi. Berderet beg kertas daripada pelbagai butik. Perlahan-lahan aku mencapai satu demi satu beg kertas itu.
            Ya Allah, Tengku Harith Adam! Seriously! Aku tak tahu berapa ribu dia habiskan untuk aku hari ni. Tengoklah semua deretan beg ni.
            Dengan kasut Jimmy Choo nya. Dengan beg Prada nya. Kalau aku tolak, confirm dia cakap itu duit dia. Hak dia. Tapi, seriouslah!
            Banyak gila dia beli kat aku hari ni je. Tu tak masuk dengan makan malamnya lagi. Kalau boleh, nak makan tempat lagi mahal tu!
            Sometimes, that bachelor need to learn how to spend his money wisely..
            “Amboi-amboi, shopping sakan nampak? Barang berjenama siot! Aku tahulah gaji kau besar pun, tapi benda ni macam.. Agak-agak arh wei, sengkek kau nanti,” ujar Hanis. Dia membelek beg-beg kertas itu satu persatu.
            “Itu bukan duit akulah,” ujar aku. Aku membuka pin-pin di tudung aku.
            “Habis tu, duit siapa? Kau bukannya ada suami pun, boyfriend pun tak ada,” tanya Hanis.
            “Bapak kau! Beg Prada dowh! Confirm mahal gila kan?” tanya Hanis. Dia membelek beg tu lama.
            “Kalau aku beritahu kau, mesti kau tak percaya,” ujar aku perlahan. Hanis mengerutkan dahi.
            “Kenapa pula?”
            “Semua ni, bos aku yang beli. Bos baru aku yang baru masuk kerja hari ni,” ujar aku perlahan. Hanis mengerutkan kening.
            “Kau mandrem apa kat bos kau sampai dia belikan kau semua ni?” tanya Hanis.
            “Banyaklah kau! Aku pun tak tahu apa benda yang merasuk bos aku tu. Bila aku cakap tak perlu, dia cakap itu duit dia. Suka hati dia.. Aku macam nak balas je, ikut suka hati akulah nak terima ke tak?! Geram tahu tak! Benda ni dah macam mengiakan apa yang lelaki top up tu cakap kat aku tahu tak?” balas aku geram.
            Hanis mengangguk perlahan.
            “Agaklah.. Dia tu billionaire ke?” tanya Hanis. Aku menjongket bahu. Entahlah, yalah kot.
            “Dahlah, aku nak pergi mandi. Benda-benda ni, aku rasa nak simpan buat stoklah. Takut-takut kalau dia minta balik. Naya aku nak pergi beli balik,” ujar aku.
            “Kau ni, tak akanlah dia nak minta balik. Itu dah namanya buruk siku tu,” ujar Hanis. Aku menjongket bahu.
            “Just in case..”
*_*
            Tepat pukul 7.30 pagi, ada hon berbunyi di hadapan rumahku. Hanis menjenguk ke hadapan sebelum berlari ke arahku.
            “Wei, ada Maseratti depan rumah kita wei,” ujar Hanis teruja. Aku menjulingkan mata ke atas sebelum mencapai beg tanganku.
            “Itulah bos aku,” ujarku selamba. Terlopong Hanis sebentar.
            “Kau biar betul, kaya gila! Padanlah dia tak kisah beli kat kau macam-macam. Entah-entah dia suka kau apa?” Hanis menjongketkan keningnya ke arahku.
            “Ini, dia punya suka?” aku menunjukkan penumbuk di hadapan muka Hanis lalu berlalu keluar dari rumah itu dan masuk ke dalam Maseratti milik Tengku Harith Adam.
            “Maaf, Tengku. Saya lambat,” dia berpaling ke arahku.
            “Boleh tak awak drop kan nama Tengku tu? Kita kat luar office kan? Panggil saya Harith je,”
            “Tak boleh, Tengku. Sebab Tengku bos saya. Tak kira di luar office ataupun di dalam office,” ujarku bertegas.
            “Kalau saya jadikan awak isteri saya, baru awak akan panggil saya Harith?” tanyanya. Aku menghela nafas perlahan. Dari semalam lagi dia sebut perkataan isteri tu.
            “Macamlah saya akan jadi isteri awak?” ujarku selamba. Aku mencapai tali pinggang keledar lalu aku pasangkan. Tapi, kereta ini masih belum bergerak lagi. Aku berpaling ke sebelah.
            “Awak rasa saya belikan semua tu semalam saja-saja ke?” tanyanya.
            Aku menarik nafas perlahan. See, dia dah ungkit. Aku membuka tali pinggang itu.
            “Okey, fine. Saya bagi balik semua benda tu kat awak. Saya tak sentuh pun lagi benda-benda tu,” aku ingin keluar tapi dia memegang lenganku.
            Don’t. Itu hak awak,” ujarnya.
            “So, awak nak apa sebenarnya ni? I’m not for sale tau! Saya bukannya perempuan yang awak boleh beli dengan emas permata,” ujarku tegas.
            “Saya nak uji awak. Saya dah tertarik dengan awak semenjak ni..” dia mencapai telefon bimbitnya.
            Selang beberapa saat, telefon bimbitku berbunyi. That top up boy! Aku berpaling ke arah dia dan dia menunjukkan telefon bimbitnya ke arahku.
            Jadi.. Dia.. Dia lelaki kerek tu?
            “Saya rasa awak seorang perempuan yang lain daripada yang lain. Awak sanggup call saya balik semata-mata tentang kredit tu, awak boleh je nak tutup mata then terus guna kredit tu. But you are different. Dan, awak bersungguh-sungguh untuk hantar balik kredit tu kepada saya,” ujar dia panjang lebar.
            “Sesiapa ja mampu buat benda tu. Kalau awak silap hantar kredit, biarpun just RM6, orang akan telefon awak. Tanya soal kredit tu,” ujarku.
            “Macam mana dengan ketegasan awak semasa awak tolak apa yang saya nak beli untuk awak? Kalau perempuan lain, mereka terus rembat je tau! Silap-silap saya yang kena heret ke sana sini. But you.. Saya yang kena paksa untuk awak beli,” ujar dia.
            “Sebab saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan duit. Saya tak perlukan harta untuk buatkan saya jatuh cinta,”
            “Tapi, kalau lelaki tak ada harta, awak pandang sebelah mata kan?” potongnya. Aku menggetap bibir.
            “Saya hanya nak seorang lelaki yang kuat agamanya dan mencintai saya dan kekurangan saya. Cukup! Rezeki itu daripada Allah, Tengku,” ujarku.
            “Saya serahkan cinta saya hanya untuk imam saya, saya serahkan kesetiaan saya hanya untuk imam saya. Saya dah tekad yang saya tak akan bagi cinta saya kepada lelaki sebarangan. Tak kiralah macam mana Tengku limpahi saya dengan kemewahan pun. Kalau Tengku bukan imam saya, saya tak akan cintai Tengku,” balasku.
            Tengku Harith Adam hanya merenung jalan di hadapannya.
            “So, I guess.. You are the one,” dia memakai cermin mata hitamnya lalu menghidupkan enjin.
*_*
            Aku meletakkan beg laptop aku di atas meja. Surat apa ni? Aku mencapai surat itu lalu ku buka. Sekilas jatuh seutas rantai emas putih.
Meet me at Restaurat XXX tonight at 8.30 p.m. – Tengku Harith
            Aku mengeluh perlahan. Lelaki ni tak faham-faham lagi ke apa yang aku nak? Aku berlalu ke arah meja setiausaha Tengku Harith.
            “Tengku ada tak?” tanyaku.
            “Tengku tak ada Sya. Tengku ambil EL. Kenapa?” tanya kak Dhia. Aku hanya diam. EL? Dia sakit ke? Tapi, sakit apanya kalau nak ajak aku keluar malam ni.
            “Tak apalah, akak. Thanks,” aku berlalu ke arah mejaku.
            Aku mencapai telefon lalu menghubungi Tengku Harith. Dua tiga deringan baru dia angkat call.
            “Hello,”
            “Tengku Harith! Berapa kali saya nak cakap dengan awak yang saya tak nak harta awak! Rantai yang awak bagi saya ni, better awak bagi kat mak awak lah. Baru dia rasa awak ingat dia sikit, yang nak bagi kat saya kenapa? Saya dah cakap yang cinta saya tak boleh dijual beli kan?”
            “Woah! Woah! Laju macam kereta api! Awak nak pergi mana ni? Relax, okey?” ujar dia. Terdengar ketawa dari hujung talian.
            “Nak lari dari awak,” balasku selamba.
            “Larilah sejauh mana pun awak nak lari, awak akan jatuh juga ke tangan saya,” ujar Tengku Harith yakin.
            “Kenapa awak yakin sangat eh?” tanyaku.
            “Awak pernah dengar lagu ini tak?
Beranikan diri bertemu orang tuamu
Bicara baik dari hati ke hati
Restuilah kami, doakanlah kami
Jadi pasangan abadi

Tunggulah aku menjadi imammu
Dan tunggulah aku menjadi imammu

Dan akan ku lamar anakmu di tahun ini
Restui kami, doakan kami, jadi pasangan abadi
Dan akan kutanggung jawabi kebutuhannya
Lahir batinnya, jiwa raganya
Agar ia bahagia”
            “Tak pernah dan tak nak tahu pun. Malam ni saya tak nak jumpa awak. Dan, jangan sesekali muncul depan rumah saya,” ujarku keras lalu aku mematikan panggilan.
            Tapi.. Tadi tu lagu apa eh? Eh, kacau! Now, focus on your work Hasya!
*_*
            Once again! Aku merenung kotak di hadapanku. Benda apa pula ni!
            Aku mencapai kad itu kasar.
Jangan marah saya.. Happy birthday.. – Tengku Harith
            Aku mengerutkan kening. Eh, birthday aku ke hari ni? Aku mencapai IC aku. Ops! Sorry, cik! Saya terlupa. Tapi, macam mana dia boleh tahu?
            “Oit, birthday girl. Asal masam je?” Laila mencuit pipi aku sebelum duduk di atas kerusinya.
            “Tengku Harith bagi? Present?” tanya Laila. Aku duduk di atas kerusi aku. Kemudian, aku menyimpan hadiah itu di bawah meja.
            “Macamlah kau tak kenal dia. Lagi aku cakap tak, lagi dia cakap ya,” ujarku perlahan.
            “Last-last aku buat donno je. Lantak hiduplah dia nak buat apa pun, yang penting dia tahu yang aku ni not for sale. Sudah!” ujarku.
            “Dia suka kau ke?” tanya Laila. Aku menghela nafas perlahan.
            “Kau rasa?”
            “Kan aku dah cakap! See, apa yang aku cakap sentiasa jadi kenyataan! So, kau jawab apa?” tanya Laila. Teruja. Okey, dia gossip girl. Semua hal dia tahu.
            “My love is for my imam. My only one. Satisfied. Dah pergi buat kerja kau. Sibuk je nak tau hal orang,”
            “Kau ni. Ruginya! Patutnya kau terima je tau Tengku tu. Dahlah handsome!”
            Aku hanya memandang Laila.
            “Aku tak mencintai orang disebabkan hartanya, Laila,” balasku.
*_*
            Aku tersentak apabila telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Ibu.
            “Assalamualaikum ibu,”
            “Waalaikumussalam, Hasya. Hasya sihat?” tanya ibu.
            “Sihat je ibu. Macam nilah anak ibu. Macam yang ibu tengok bulan lepas,” balasku.
            “Hasya.. Ada benda yang ibu nak bincangkan dengan Hasya,” ibu bersuara perlahan.
            “Eh, macam berat je bunyinya ibu? Kenapa?” tanyaku.
            “Ada orang datang meminang anak ibu ni,”
            “Then?”
            “Orangnya elok pekertinya, baik agamanya,”
            “Then?”
            “Ibu dengan ayah suka budak tu,”
            “Then?”
            “Hasya! Tak akanlah Hasya tak faham maksud ibu!”
            Aku tergelak kecil.
            “Ibu, ayah. Hasya kan dah cakap, Hasya terima je keputusan ibu dan ayah. Ayah dan ibu rasa benda tu baik, just go on.. Hasya tak kisah. Hasya tahu ibu dan ayah Hasya tak akan pernah kecewakan Hasya. Betul kan ibu?” tanyaku perlahan.
            “Betul ni Hasya. Hasya tak menyesal?”
            “Hasya tak pernah menyesal kalau keputusan itu ibu dan ayah yang buat. Dan, sebaliknya Hasya bangga dengan lelaki tu. Dia merisik Hasya terus, dan bukannya melamar Hasya sebagai kekasih dia. Dia utamakan keluarga Hasya dan Hasya pasti dia nak hubungan kami kekal,” ujarku.
            “Hasya.. Ibu fikir..”
            “Ibu fikir yang Hasya ni typical girl. Yang fikir untuk bercinta dahulu baru kahwin? Ibu, bercinta 10 tahun pun, kalau bukan jodoh tak ke mana. Better kahwin dulu.. Kita nikah baru bercinta,” ujarku tenang.
            “Ibu nak beritahu ayah! Mesti ayah bahagia,”
            Aku tersenyum. Ibu mesti dah melting tu. Kenal sangat!
*_*
            “Sya,” aku memandang ke hadapan. Wajah Tengku Harith menjelma di pandangan.
            “Ada apa Tengku Harith?” tanyaku. Aku mencapai fail. Sengaja hendak menyibukkan diri.
            “Jom lunch,” aku menutup fail itu kasar sebelum memandang ke arah Tengku Harith.
            “Tengku, saya tak nak lunch dengan Tengku. Laila, jom lunch,” aku terus mencapai beg tanganku dan mengheret Laila untuk berlalu.
            “Oh, Hasya,” panggil Tengku Harith. Terhenti langkahku.
            “Kenapa?”
            “Walau sekeras mana awak tolak saya, awak akan jadi milik saya juga nanti,” ujar Tengku Harith. Aku tersenyum.
            “Saya dah bertunang,” balasku selamba lalu berlalu.
*_*
            “Kau biar betul dah bertunang? Atau kau bohong je tadi?” tanya Laila.
            “Ada orang masuk merisik. Aku terima je lah,” ujar aku perlahan.
            “Seriously? Tak akanlah kau terima bulat-bulat macam tu je? Kita ni dah abad ke 21 tahu tak?” ujar Laila.
            “Yes, Laila. Sebab bagi aku, keputusan ibu bapa aku adalah yang terbaik untuk aku,” ujarku selamba lalu masuk ke dalam kereta Suzuki Swift milikku.
*_*
            “Hasya, Hasya, Hasya!” Laila kelam kabut berlari ke arahku. Berkerut keningku melihat Laila yang sedang menarik nafas di hadapanku ini.
            “Nescafe?” aku menunjukkan gelas aku di hadapannya.
            “Boleh ja..” ujar Laila lalu duduk di atas kerusi. Aku mencapai sepaket nescafe lalu aku tuang dalam gelas kosong.
            “Relax, Laila. Calm down, kau dah macam nyawa-nyawa ikan kau tau tak?” ujarku selamba. Water heater aku capai lalu aku tuang ke dalam kedua-dua gelas. Letak sedikit air masak, then siap!
            Aku meletakkan gelas Laila di hadapannya sementara aku mengambil tempat duduk.
            “Great news Hasya! Mesti kau terkejut gila kalau tahu tentang benda ni!” dengan muka penuh teruja Laila bersuara. Aku menjongket kening.
            “We’ll see. What is the news?” tanyaku.
            “Tengku dah bertunang!” tersentak aku dibuatnya.
            Menggeletar tanganku. Aku cepat-cepat meletakkan cawan aku di atas meja. Takut jatuh ataupun tumpah disebabkan tangan aku yang menggeletar.
            Hati ini pun satu, tiba-tiba macam kena cucuk dengan pisau ni kenapa? Mata ni pun satu, tiba-tiba nak berair ni kenapa?
            “Aku pun tak faham, hari tu beria-ria nak kahwin dengan kau. Last-last, kau dengan lelaki lain, dia dengan perempuan lain. Erm.. Pelik-pelik,” Laila bersuara selamba.
            “Eh, thanks untuk nescefe ni tau!” Laila mecapai nescafe itu lalu berlalu pergi.
            Aku memegang dadaku perlahan. Why? Kenapa sakitnya di sini?!
*_*
            “Hanis!!” aku meluru masuk ke dalam bilik Hanis lalu memeluk tubuh gadis itu erat. Tersentak Hanis seketika, sebelum dia mengurut lembut bahuku.
            “Kenapa ni?” tanyanya perlahan.
            “Aku tak tahu kenapa dengan hati aku ni. Tapi, sakit sangat.. Sakit sangat hati aku Nis,” aku menepuk-nepuk perlahan dada kiri aku.
            “Sakit Nis,”
            Sekilas air mata jatuh di pipiku.
            “Kau cuba story kat aku. Apa jadi ni? Hasya, aku tak boleh tolong kau, kalau aku tak tahu apa jadi dengan kau,” ujar Hanis. Dia mengusap-usap lenganku.
            “Cuba story dengan aku,”
            “Dia nak kahwin dengan perempuan lain,” aku membuka bicara.
            “Siapa? Tunang kau?”
            “Bukan tunang aku! Tengku..”
            “La, bukan kau pun nak kahwin dengan orang lain ke?” berkerut kening Hanis dibuatnya.
            Aku menggelengkan kepalaku perlahan.
            “A.. Aku tak tahu.. Aku tak tahu, aku rasa macam terluka. Aku rasa macam dikhiananti kau tahu tak?! Dia cakap nak jadikan aku isteri dia. Banyak kali dia cakap, Nis.. Tapi dia nak kahwin dengan orang lain,” aku merengek lagi.
            “Dan kau pun banyak kali cakap yang kau tak nak kahwin dengan dia kan?” balas Hanis. Aku mengangguk perlahan.
            “Aku tahu.. Tapi, aku tak sangka secepat ni dia berubah pendirian! Cinta aku ni memang dah terjual disebabkan harta dia ke? Aku memang semurah ini ke Hanis??” aku menggocangkan tubuh Hanis perlahan.
            “Wait, wait.. Hasya, think first. Apa yang membuatkan hati kau terpikat dengan dia? Sepanjang kau keluar dengan dia hari tu, tak akanlah satu pun karakter yang ada dalam diri dia tu boleh tawan hati kau?” ujar Hanis perlahan.
            Aku terdiam.
            “Ada.. Aku tahu dia baik. Setiap kali waktu solat masuk, dia akan pergi ke surau. Kalau kami jumpa pengemis, dia akan beri duit. Dia tak macam orang kaya yang lain. Dia tak bongkak,” ujarku.
            “That’s the point. Aku rasa kau suka dengan dia sebab tu. Tapi, remember. Kau dah ada tunang. Dia dah berpunya. Mungkin dia bukan jodoh kau. Sekarang, kau relax. Kau ambil cuti balik kampung, kau pun dah nak nikah kan? Fokus dengan hal tu. Seboleh mungkin, kau try buat dia dalam hati kau. Fikirkan tunang kau. Kesiankan dia, Hasya,” Aku mengganggukkan kepalaku perlahan.
            “Tapi kalau aku tak boleh?”
            “Kau boleh! Jangan cakap kau tak boleh. Just fikir yang kau seekor pipit, dia enggang. Kau tak mampu terbang dengan dia, and the best way is forget him,” Hanis menepuk-nepuk bahuku perlahan.
            Seriously, itu betul. Dia enggang? Masakan dia boleh sukakan aku? Entah-entah, dia sengaja nak uji hati aku je.
*_*
            Aku meramas tanganku lama. Dah sejuk tangan aku dibuatnya.
            “Hasya..” panggil ibu.
            “Ibu..” aku merengek perlahan. Ibu berjalan ke arahku lalu duduk di sisiku.
            “Tak sangka ibu, anak ibu yang manja ni dah nak jadi isteri orang dah,” ujar ibu perlahan. Aku hanya tersenyum nipis.
            “Hasya pun tak sangka ibu. Hasya rasa macam baru semalam Hasya sekolah rendah,” ujarku manja.
            “Hasya, Hasya kena ingat sentiasa pesan ibu. Sayangi suami Hasya. Jadi isteri yang terbaik untuk dia. Kalau nak bermanja, bermanja dengan dia. Kalau ada masalah, beritahu dia. Dia dah jadi sebahagian daripada hidup Hasya. Love him, cheer him,” ujar ibu. Dia memeluk tubuhku lalu mengusap lembut bahu aku.
            “Ibu buat Hasya rasa macam nak nangis,” aku bersuara perlahan. Cuba mengawal sebak di dada.
            “Eh, jangan nangis. Rosak make up nanti.. Tak sempat akad nikah lagi, tak akanlah mekap dah cair kot?” ujar ibu selamba.
            “Okey, bu. Hasya janji. Hasya akan utamakan dia dalam kehidupan Hasya, Hasya akan sayangi dia. Sebab dia imam Hasya, dan hanya kepada imam Hasya sahaja, Hasya akan limpahkan cinta dan kesetiaan Hasya ini,”
            Biarpun bukan dia yang pertama.. Sambungku perlahan di dalam hati. Stop it Hasya! Forget Tengku Harith please!
            “Hasya!!” Laila dan Hanis menerpa serentak. Ibu menepuk perlahan bahu aku sebelum berlalu keluar dari bilik.
            Gorgeous gila kau! Hampir tak kenal aku! Tulah, tak pakai make up sangat, sekali pakai mahu terjojol mata orang dibuatnya,” ujar Laila ceria.
            Aku hanya tersenyum.
            “Dah, jangan nak puji aku lebih-lebih, bukannya aku ada duit pun nak bayar kat kau,” ujarku separa mengusik.
            “Aku puji ikhlas, tak ada kerja nak minta upah-upah bagai,” ujar Laila membalas.
            “Kau kenal tunang kau tak?” tanya Hanis. Aku menggeleng perlahan.
            “Malaslah aku nak tengok gambar dia, mahu tak handsome nanti, aku tolak pula. So, biarlah apa pun yang nak jadi, lepas akad nikah nanti. Tak adalah kerja aku nak tolak lamaran pula, dah terkahwin kan?” balasku selamba.
            “Ceit, ayat! Terkahwin konon!” Laila mencebik.
            “Betullah kan?”
*_*
            Aku terkedu melihat deretan hantaran yang berada di hadapanku. Mak ai! Beg Prada, jam tangan Alexandre Christie, kasut Jimmy Choo, kamera DSLR.
            Dia ni billionaire ke apa? Ke, simpan duit semata-mata nak beli barangan berjenama untuk aku. Jangan wei! Aku tak suka berhutang.
            Hanis mencuit tubuhku perlahan. Aku berpaling ke arahnya. Kening aku jongketkan. Hanis menunjukkan ke satu arah. Aku mengikut arah yang ditunjuk and.. What a suprise?
            Tengku Harith Adam!
*_*
            Aku memeluk tubuh memerhati dia yang baru masuk ke dalam bilik.
            “Kenapa?” tanya dia pelik. Pintu ditutup lalu dikunci.
            “What a suprise? Kenapa awak tak beritahu saya tentang hal ni?” tanyaku. Aku memerhati dia yang tersenyum nipis dan berjalan menghampiri aku.
            Eh, dia ni! Senyum-senyum pula!
            “Awak, saya tanya awak ini..” aku bersuara.
            “Pernahkah Sya peduli dengan tunang Sya? Pernahkah Sya tanya dengan ibu nama tunang Sya? Pernahkah Sya tengok gambar tunang Sya? Tak kan?” tanya dia bertalu-talu.
            “Tapi, awak boleh..” dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Menghentikan aku daripada berbicara.
            “Abang.. Depan Sya ni imam Sya tahu tak? Imam yang Sya perlu limpahkan cinta dan kesetiaan Sya,” ujar dia selamba sebelum mengenyit mata ke arahku.
            Dia berlalu ke atas katil lalu berbaring perlahan.
            “Arh! Penat! Sya, urut abang,”
            Aku menarik nafas lemah. Dia mula nak ungkit balik ayat-ayat yang aku lempar kat dia. Eh, sabar je lah.
            Aku naik ke atas katil lalu duduk di sisinya. Perlahan-lahan, aku menarik t-shirt yang dipakainya. Gementar aku jadinya. First time tau, aku nak sentuh lelaki macam ni.
            “Abang tak beli hati ibu bapa Sya dengan duit. Hakikatnya, ibu bapa Sya tak tahu pun yang abang kaya. Hari ni, baru mereka tahu. Dan tadi ayah Sya tanya abang, kenapa abang sayang Sya? And, jawapan abang. Sebab abang tahu yang Sya ialah isteri yang akan bersama-sama abang dalam susah dan senang abang. Sya bukan seorang isteri yang materialistik, yang hanya bersama abang tika abang kaya. Sya tak pernah pandang pun kekayaan abang. Inilah kali pertama, abang jumpa perempuan macam Sya, dan abang tak akan lepaskan Sya,” ceritanya.
            Aku hanya mendengar. Begitu tinggikah dia memandang aku? Aku yang biasa-biasa ni?
            Terhenti urutan aku apabila dia bangun dari pembaringannya lalu menggenggam erat tanganku.
            “Abang tahu isteri abang ni not for sale. Cinta Sya hanya untuk imam Sya. Dan, sekarang abang nak cakap yang cinta abang hanya untuk makmum abang. Izinkan abang menjadi imam Sya untuk selamanya, izinkan abang untuk pimpin Sya menuju ke Jannah,” dia membawaku ke dalam pelukannya.
            “In Shaa Allah, cinta Sya hanya untuk imam Sya.. Sya ada sebuah lagu untuk abang. Listen carefully,”
Terlintas tanya hati,
Siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku dengan penuh cinta?
Yang akan membawa ke syurga
Dia yang mencintaiku
Dan semua kekuranganku
Yang akan membimbingku di dunia
Menuju cinta Yang Kuasa,
Untukmu imamku,
Ku serahkan segala cintaku,
Cinta yang kan menuntunku menggapai cintaNya bersama denganmu,
Untukmu imamku,
Ku berikan kesetiaanku,
Berdua memadu janji satu,
Sambut cintaku hanya untukmu
Dia yang mencintaiku
Dan semua kekuranganku
Yang akan membimbingku di dunia
Menuju cinta yang kuasa
Untukmu imamku
Ku serahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku mengapai cintaNya bersama denganmu
Untukmu imamku
Ku berikan kesetianku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu
            “That so sweet, meaningful,” dia mengusap rambutku perlahan.
            “Nice hair,” aku tertunduk malu. Alahai, janganlah main usap-usap. Nak terkeluar jantung cheq ni!
            “Sya?” panggilnya perlahan.
            “Ermm..”
            “Sya sayang abang?” tanyanya.
            Ibu!! Boleh tak Sya tak nak jawab?? Diam tanda setuju kan?
            Aku hanya diam. Muka aku disembabkan ke lehernya sebelum aku mengangguk perlahan.
            Thanks sayang.. I love you,” dia mengucup dahiku sekilas sebelum kembali memeluk tubuhku.
*_TAMAT_*

Ayas Liaa Min

Credit : Ijab Kabul by Kangen Band
            Not for Sale by Stacy
            Untukmu Imamku by Oki Sentiana Dewi

3 lagu digarapkan menjadi sebuah cerpen.. Lia memang kerja buat cerpen menerusi lagu kan? Peace.. ^_^

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!